Redx888 Headline Animator

Redx888

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

    
     Selamat menyambut Hari Bapa 2010. Sambutan Hari Bapa pada tahun ini jatuh pada 20 Jun 2010. Mungkin tidak ramai yang menyambutnya, malah ada juga yang tidak mengetahui tentang hari tersebut. Walau pun begitu, media massa kini sentiasa mewar-warkan mengenai sambutan hari tersebut dengan pelbagai cara seperti menyiarkan drama yang memaparkan pengorbanan seorang bapa.
     Bagi sebuah keluarga, biasanya sambutan dibuat dengan cara anak-anak memberikan kad ucapan kepada bapa mereka. Ada juga yang mengadakan jamuan untuk menyambut hari tersebut. Malah ada yang mengadakan majlis doa selamat. Memandangkan hari tersebut jatuh pada setiap hari Ahad minggu ketiga setiap bulan Jun, maka ada antara keluarga yang menyambut hari tersebut dengan beriadah, bercuti juga pulang ke kampung.
    Sesungguhnya pengorbanan seorang bapa amatlah besar, seorang bapa sanggup berlapar agar cukup segala keperluannya. Malah telah menjadi sifat semulajadi seorang lelaki yang bergelar bapa yang tidak mahu anak-anak merasa kesusahan juga tidak mahu anak-anaknya merasai kesusahan yang ditanggungnya. Hampir setiap permintaan anak-anaknya akan cuba tunaikan. Cuma kadang-kadang kemampuan membatasi segala-galanya. Namun begitu amat berat untuk mengeluarkan perkataan "TIDAK" daripada mulut seorang bapa yang sayangkan anak-anaknya.
    Bagi seorang anak, amatlah sukar untuk memahami pengorbanan seorang bapa. Sehinggalah mereka dewasa dan bergelar ibu atau bapa barulah mereka menyedari pengorbanan seorang bapa. Bagi mereka yang telah bergelar ibubapa dan masih mempunyai ibubapa, sayangilah mereka, balaslah jasa mereka, jadilah seorang anak yang membanggakan ibubapa mereka. Bagi mereka yang ibubapa telah tiada, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka, sentiasa panjangkan doa kepada mereka dan jadilah seorang anak yang soleh. Kerana anak-anak yang soleh dan solehah adalah aset utama mereka.

" Sesungguhnya kasih seorang bapa bawa ke akhir hayat"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails