Redx888 Headline Animator

Redx888

Monday, January 25, 2010

Lokasi Jin Pada Tubuh Manusia

Petikan dari http://terapisihir.com/blog/category/rawatan-sihir/page/13/

Mengikut pengalaman beberapa perawat dan pesakit yang saya pernah jumpa mereka ada menyatakan bahagian bahagian yang sakit tak tentu pasal Akibat gangguan…disini saya letakkan beberapa tempat mereka suka lepak.

1) Bahagian kepala.

-Ialah bahagian yang paling sering diganggu untuk sihir pemisah dan juga ditempat kerja.Ubun Ubun kepala : sering menyebabkan lemah angota seluruh tubuh dan sering juga menyebabkan sakit kepala. Meradang tak tentu pasal dan tidak boleh berfikir secara akal yang biasa. Mula bercakap dan memaki hamun tidak kena tempat. Biasanya sihir atau gangguan ini amat menyesakkan mental seseorang. Kepala juga boleh menjadi gatal gatal yang amat sangat.

2) Mata.

- Jika jin itu bertenggek dimata pesakit pesakit akan rasa mengantuk, lesu dan kadang kadang boleh nampak benda benda yang menakutkan. Ia juga berkaitan dengan kepala dimana jika ia adalah sihir pemisah maka mata akan melihat pasangan seperti amat hina dan amat benci pada pasangan.

3) Hidung.

-Menyebabkan sesak nafas, hidung berbau busuk/wangi, terhidu bau bau yang busuk atau wangi. Hidung menjadi gatal amat sangat.

4) Mulut.

-Menyebabkan ia herot seperti stroke tapi bukan stroke (kita perlu juga ingat stroke juga berkaitan dgn jin ahmar) mulut terkunci. Bila disuruh membaca ayat ayat suci atau sekurang kurangnya mengucap dia tidak mahu terbuka. Santau sihir pada mulut juga akan menyebabkan radang mulut yang luar biasa dimana gigi dan gusi akan bernanah dan berdarah walaupun tidak dapat dikesan oleh perubatan moden. Menguap semasa membaca al-Quran juga menunjukkan gangguan tapi ini gangguan yang biasa sahaja.

5) Leher.

-Bila jin ini bertapak dibahagian leher biasanya di bahagian bawah rahang mulut dan dibelakang kepala yang berlekuk. Akan menyebabkan sifat malas dan sakit seperti terkehel. Leher juga boleh menjadi senget kekiri atau kekanan biasanya akan kekiri. Walau pun dia cakap lehernya lurus tapi org lain melihat lehernya senget. Benda ini selalu berlaku pada tahap sihir ditempat kerja.

6) Bahu.

-Biasanya jika gangguan berlaku dikedua bahu maka ada lah makhluk ghaib yang bertengek dibahu kita. ia menyebabkan rasa malas bergerak akibat berat memikul. Bahu terasa amat lesu letih seperti bekerja sepuluh hari tanpa henti. Biasanya kes begini ada kaitan saka atau pengamal pengamal ilmu ilmu salah. Jin akan duduk dibahu mereka untuk dibawa kemana mana. Menurut ceritanya toyol, hantu raya juga duduk dibahu tuannya. Jadi kalau difikirkan siapakah tuan dan siapa pula hamba?… Dan jika jin itu dari kalangan sihir pula dia biasanya akan duduk sebelah bahu kiri (ini kebiasannya) Paling banyak kes ialah jin yang suka melepak dibahu sebab mudah bertengek dan juga mudah untuk menyerang kepala mangsa.

7) Tangan.

Tangan boleh menjadi kejang kejang, gatal, miang, tidak boleh mengengam dan tidak boleh membuka gengaman. Tangan juga boleh menjadi panas atau sejuk sedangkan badan terasa biasa sahaja. Tangan juga ada diisi dengan susuk pemberat menggunakan raksa dan sebagainya. Penumbuk pemberat ini amat bahaya jika diamalkan. Tangan juga menjadi ringan untuk melempang menumbuk memukul. Dan Ada juga yang disihir supaya menjadi pemarah dan amat ringan tangan melempang dan menggunakan kekasaran.

Bahagian Belikat.

-Ini lagi satu tempat jin suka menyorok kerana keadaan belikat itu sendiri. Terdapat sendi (tulang kipas) yang besar memudahkan dia duduk dalam itu.

9) Pinggang.

Jin duk lepak dalam pinggang dan banyak berkaitan dgn sihir pemisah menyebabkan kelakian lelaki menjadi lemah serta merta. Sakit bisa bisa pada pinggang dan sukar melentur pinggang. Hendak rukuk sakit dan sebagainya.

10) Payudara bahagian bawah.

-Pelipat payudara ialah satu lagi tempat yang sering diduduki kerana jin ini agak cerdik tapi menggong. Dia duduk dibawah payudara kerana tahu yang perawat lelaki tidak boleh memegang kawasan situ atau menepuk disitu. Tapi sekarang ada perawat wanita yang tahu kaedah boleh menepuk disitu.

11) Perut.

-Bahagian yang paling senang dia duduk ialah diperut..melalui makanan dan macam macam cara lagi. Perut akan merasa panas, keras, kembung tak tentu hala.

12) Kemaluan.

-Sihir pemisah juga menggunakan kaedah ini dimana jin duduk dikawasan rahim menyebabkan rasa amat sakit dan tidak selesa. Ia juga mengeluarkan bau yang amat busuk walaupun setelah berjumpa doktor pakar dan disahkan tidak menghadapi penyakit. bagi lelaki pula kelakian mereka tidak boleh berfungsi dgn elok malah bila mahu mula sahaja terus layu seperti lalang di siram roundup. (ini ada kaedah sihir ikatan/jerutan) amat banyak berlaku.

Tapi secara amnya jin boleh melepak di mana mana sahaja angota badan kita. Dan bahgian yang paling disukai ialah di ubun-ubun,sendi-sendi dan lipatan-lipatan badan.

Petikan dari http://terapisihir.com/blog/category/rawatan-sihir/page/13/

SAKA

GEJALA SAKA

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.

Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.
Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.

Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.

Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?

Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.

Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

TANDA-TANDA SAKA

Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb

Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

KAEDAH RAWATAN

-Segera berjumpa PERAWAT ISLAM yang berdekatan dan bukannya bomoh.
-Mesti ada kerjasama dan persetujuan keluarga dahulu.
-Diubat usul dahulu (ahli keluarga yang paling tua).
-Sesudah selesai ubati usul,barulah ubati anak dan cucu pula.
-Semua barang2 warisan atau yang berkaitan perlu dimusnahkan.
-Setiap pesakit/ahli keluarga perlu membawa 2botol air mineral.
-Ayat-ayat rawatan yang dibacakan ialah fatehah,ar rahman 33-36,al jin 1-9 dan 3qul.
-Pesakit perlu mendengar mp3 ruqyah 3x sehari sebelum tidur.

Petikan dari http://terapisihir.com/blog/category/rawatan-sihir/page/3/

Tuesday, January 19, 2010

Diet: Apa Jenis Darah Anda?

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.


Dr. Peter J.D´Adamo

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


buah-buahan yang berkhasiat


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.



Jenis darah dan peribadi anda

Hah anda tau anda jenis darah ape? Jom p cek kat klinik…kalu dah
jom kite tgk ape maknenye…

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?

DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Jenis Makanan Mengikut Kumpulan Darah

Diet Ikut Darah
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my


Fakta: BTD

Kebaikan

# Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.

# Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.

# Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.

# Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan

# Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.

# Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.

# Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.

# Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.

# Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.

Fakta

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Sunday, January 17, 2010

Minda & Mengenali Personaliti

Kuasa Minda Bawah sedar
( mengenali personaliti )

Manusia bertindak bergantung apa yang telah di isikan didalam Subconscious Mind mereka. Dengan memperhatikan cara barcakap gerakan bahasa badan, wajah, garis bibir, tangan, mata , gerakan, bahu seseorang, anda boleh membuat sebuah analisa yang apa yang tersirat di dalam minda seseorang. Jadikan infomasi ini sebagai garis panduan untuk anda mengambil tindakan dan keputusan. Mari kita melihat dari kaca mata kuasa minda bawah sedar, bagai mana infomasi ini membantu anda untuk menganalisa seseorang. Misalnya anda ingin mencari rakan perniagaan atau pasangan hidup.

Coba anda lihat wajah gadis di sebelah. Bermula dari leher kebawah, otak kanan mengawal organ di sebelah kiri sedangkan otak di sebelah kiri mengawal organ di sebelah kanan.
  1. Dalam kes ini kita melihat mata gadis ini lebih besar di bahagian kiri.
  2. Bahu lebih tinggi di sebelah kanan ( organ ini dikawal oleh otak kiri ).
  3. Kepala lebih condong di sebelah kiri.
Kesimpulanya kita lihat gadis ini lebih banyak menggunakan otak kiri yang bersifat logikal. Misalnya untuk membuktikan sesuatu perkara gadis ini harus melihat dengan matanya sendiri daripada berita itu di sampaikan oleh orang lain. Bahu melambangkan pekerjaanya yang bersifat logik serta berfikir juga bersifat logikal. Pekerjaan yang sesuai untuk beliau adalah guru matematik, ahli sains, polis, akuantan, arkitek, pelukis plan, bank dan lain-lain yang bersifat logik.
  1. Bibir lebih tinggi di sebelah kanan
Melambangkan penggunaan otak kanan. Gadis ini lebih suka bercakap perkara yang bersifat astrak otak kanan. Misalnya keagamaan, kerohanian, kelembutan dan bersifat keindahan. Tiga bahagian otak gadis ini menggunakan IQ dan satu bahagian otak menggunakan EQ.


EQ mempunyai 70% kekuatan dalam kehidupan manusia. Walaupun penggunaan EQ satu bahagian dari potensi minda gadis ini di katakan seimbang dalam penggunaan mindanya. Terutama bila gadis ini bercakap tentang kehidupan , motivasi, kerohanian beliau lebih cenderung memberikan contoh yang logikal akal. Bertuah andai anda menjadi pasangan hidupnya.

Penggunaan otak yang seimbang akan mempengaruhi peningkatan 70% EQ. EQ merupakan syarat utama mengukur kejayaan seseorang dalam kehidupan.

Latihan EQ membina personaliti .

Perhati kan iris mata seseorang apa bila bercakap dengan anda. Apabila anda melihat iris matanya terbuka luas_ menandakan seseorang itu amat berminat dengan anda.

Setiap kali mendengarkan orang bercerita tentang dirinya anggukan dagu setiap 7 minit_ Ini akan memberi kesan orang sangat ingin mendekati anda dan jadilah seorang pendengar yang baik.Orang yang bercerita berhak untuk di dengar dan di lihat. lihatlah matanya dengan pandangan yang lembut. Pandangan yang lembut adalah melihat mata kiri, kanan dan dagu sekaligus.

Bila bercakap dengan seseorang jangan tangan anda berada di kawasan bibir dan hidung _ ini akan merangsang minda anda untuk berbohong.

Setiap kali orang ketawa atau tersenyum ketuk kan meja atau keluar kan bunyi tertentu. Ini akan menciptakan satu anchor pada minda bawah sedar seseorang. jadi kan anchor ini sebagai alat untuk mencipta suasana harmoni dalam sebuah hubungan.

Thursday, January 14, 2010

Mengenal Peribadi Anda Menerusi Bulan Kelahiran

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur

bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan
ada harapan utk merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pada benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jangan terlalu moody.

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sangat diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dari segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yang lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
idea yg terlalu banyak di kepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
cepat marah & cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
orang yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali dirangsang
Ada harga dan maruah diri
Tidak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yang serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tidak cari kawan tidak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
belajar untuk relax
sikap kelam kabut
romantik, pengasih, penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yang tidak diketahui
org yang banyak berfikir
daya pentaakulan yang baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
suka sukan, hiburan & melancong
kurang menunjukkan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka orang yang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong, bidang sastera & seni
pengasih, penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
org yang adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang sgt halus dan tinggi
bagus untuk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
tidak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari orang lain
otak yang sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yang tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah
berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

kajian yg dijalan kan Oleh Dr. Fazilah Kamsah

Perilaku Berdasarkan Tarikh Lahir Islam

HIJRAH

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

p/s: aku lahir bulan Ramadhan

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Rahsia Tapak Tangan

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita... Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya ..

C uba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan....
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang 'gap' di antaranya... Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya... Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang... Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee...kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita.... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!

Rahsia Jari!

Pernahkah anda ,buang masa dengan menilik nasib atau tapak tapak tangan? Atau adakah anda seorang yang terlalu percayakan tilikan yang ada kalanya lebih banyak dibuat secara penekaan oleh tukang-tukang nujum yang “pintar” meramal nasib orang tetapi gagal melihat masa depan sendiri.

Baiklah, mungkin elok rasanya kalau kita cuba pula meramal jari-jari tangan kita atau kawan-kawan yang berminat.

Lelaki yang bekerja dibidang yang dikenali sebagai “sains sukar”, iaitu matematik dan tulen (fizik dan sebagainya), biasanya mempunyai tangan yang berlainan daripada populasi lelaki biasa. Terutama sekali, mereka mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang atau sama panjang dengan jari manis. Bagi kebanyakkan lelaki pula, jari manis adalah lebih panjang daripada jari telunjuk mereka.

Patern yang sama turut ditunjukkan di kalangan pengaturcara komputer yang mana kadar jari mempunyai kaitan dengan markah ujian.

Manakala bagi kebanyakkan kita, mempunyai pengalaman merenung nasib berdasarkan garisan di tapak tangan. Bagaimana pun, tak ramai yang memberikan perhatian yang lebih kepada panjang sebenar jari-jari tangan kita.

Telah pun diketahui, selama berkurun-kurun tangan lelaki dan wanita agak berbeza, terutama sekali dengan panjang jari-masing-masing. secara putara, kaum lelaki mempunyai jari manis yang lebih panjang manakala kaum wanita pula mempunyai jari telunjuk dan jari manis yang sama panjang.

Kadar panjang jari telunjuk setiap individu dengan jari manis mereka agak tetap pada sepanjang hidup dan ia telah wujud semenjak berada di dalam kandungan ibu.

Perkembangan panjang jari amat dipengaruhi oleh tahap beberapa jenis hormon. Setiap satu jari dipengaruhi oleh hormon-hormon yang berlainan.

Perkembangan jari telunjuk adalah amat sensitif kepada tahap estrogen manakala perkembangan jari manis pula amat sensitif kepada tahap testosteron. Semenjak kebelakangan ini, para pengkaji mendapati kadar antara panjang jari-jari tersebut bertindak sebagai penunjuk kepada tahap relatif hormon-hormon itu sewaktu mengandung.

Bagi kaum lelaki, jari telunjuk yang panjang (kadar estrogen lebih tinggi berbanding tostesteron) menunjukkan bakat istimewa yang ada padanya dan membantunya dalam melakukan matematik dan sains. Jari manis yang panjang pula mengaitkan seseorang itu dengan skil sosiol dan komunikasi.

Lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang mempunyai anak yang sedikit, menghidap risiko tinggi penyakit jantung dan mempunyai sanak saudara yang menghidap dyslexia (penyakit sukar membaca).

Lelaki yang mempunyai jari manis yang panjang pula mempunyai sikap pendesak dan agresif, menggemari muzik, subur dan seandainya dia adalah anak lelaki paling muda, dia amat cenderung kepada homoseksual. Jari manis yang panjang juga merupakan petunjuk wujudnya autisme atau Sindrom Asperger.

Kadar panjang jari bagi wanitaturut menunjukkan beberapa perkara. Wanita yang mempunyai jari telunjuk yang sama panjang atau lebih panjang berbanding jari manis, merupakan seorang yang subur tetapi mereka turut terdedah kepada risiko barah payu dara.

Wanita yang mempunyai jari manis lebih panjang biasanya seorang yang gemar mendesak dan bersikap agresif. Mereka turut mempunyai kecenderungan terhadap lesbian.

Seandainya kaum lelaki yang memiliki jari telunjuk yang sama panjang dengan jari manis (memiliki kadar estrogen dan testoren yang sama dengan wanita) merupakan “calon” terbaik untuk sains tulen, mengapakah terdapat lebih ramai saintis dan ahli matematik wanita?

Jawapannya ialah kerana perbezaan biologikal dan prejudis sosiol. Berdasarkan satu pemerhatian, wanita yang menceburi diri di dalam sains sosiol biasanya mempunyai jari manis yang lebih panjang. Sekaligus, mereka mempunyai kadar hormon yang hampir sama dengan rakan-rakan lelaki mereka.

p/s: jari telunjuk saya lebih panjang dari jari manis

Konflik Antara Otak Kiri Dan Kanan

Otak Kiri Vs Otak Kanan

ADAKAH ANDA BERADA DI MINDA KANAN ANDA?

Mengapa ianya dititik beratkan?
Pernahkah anda bertemu dalam satu perbicangan yang mendalam atau cuba mempersetujui tentang isu-isu tertentu?
Pernahkah ada ahli keluarga menghilangkan diri didalam bilik untuk jangkamasa yang lama?
Pernahkah anda kenal seseorang yang mampu memberi penerangan terperinci bila berbincang tentang tayangan yang mereka lihat atau tempat yang mereka lawati?
Adakah anda mengalami kesusahan memahami mengapa orang lain tidak dapat memahami situasi seperti yang anda tahu?

Masaalahnya bukanlah apabila seseorang itu degil, tetapi bagaimana setiap seorang dari kita merasakan satu situasi pada satu-satu masa. Sebenarnya ianya berdasarkan bagaimana otak kita memproses maklumat yang diterima. Memahami perbezaan bagaimana otak kita memproses informasi untuk menolong kita memahami perbezaan pada manusia. Memahami akan perkara ini akan menambah sifat menghargai dan tolenrasi pada diri kita dan orang lain.

Topik-topik dalam kursus ini akan menolong peserta:

  • Meningkatkan waspada diri dengan memahami bagaimana kita berfikir dan memproses informasi.
  • Memahami pemikiran utama atau hemisfera otak yang lebih dominant, dan
  • Meningkatkan penghargaan individu dan keluarga melalui penghargaan dalam proses yang berbeza

Pengenalan

Otak kita adalah satu sistem computer rumit yang dikawal oleh dua bahagian. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.

Para saintis telah membuktikan kita adalah satu kejadian dengan dua bahagian otak. Setiap bahagian mempunyai cara tersendiri dalam pemahaman dan penerimaan realiti. Kedua-duanya dapat bekerjasama, dengan setiap bahagian mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada satu-satu waktu, setiap bahagian berfungsi sendiri, dengan satu bahagian “buka” manakala bahagian yang satu lagi “tutup”. Individu boleh menukar semula dan keluar tetapi cenderung pada bahagian yang dipilih. Walaupun yang dipilih tak selalu berubah, adalah berkemungkinan bagi kita untuk perkembangkan kemahiran pada kedua-duanya.

Sebagai contoh apabila dua orang berbincang tentang sesuatu mesyuarat. Yang pertama mungkin menitikberatkan tentang isi, topik perbincangan, keputusan yang dibuat dan matlamat jangka panjang. Yang kedua mungkin berbincang tentang kehadiran, maklumat yang dikongsi dan tindakan yang diambil. Setiap satu mempunyai persepsi yang berbeza tentang mesyuarat tersebut, bergantung bagaimana cara mereka memproses maklumat tersebut.

Setiap Seorang Mempunyai Bahagian Yang Dominan.

Bagi membantu kita mengenali hal ini, minta individu tersebut sertai aktiviti dibawah.

Karektor fizikal

Minta peserta memilih pasangan. Minta mereka berdiri berhadapan satu sama lain, kedua-duanya mengadap arah yang sama. Minta pasangan memeriksa kecenderungan fizikal berikut, dan tuliskan samaada ianya “kiri” atau “kanan” yang diperkatakan. Baca arahan berikut:-

  1. Jika peserta memakai jaket atau sweater dengan pad lengan, minta dia tanggalkan jaket atau sweater itu. Pasangannya perlu berdiri dibelakang dan letakkan dibahagian tertinggi bahu peserta. Mana lebih tinggi? (Jawapan samada kanan atau kiri)
  2. Pusing dan mengadap pasangan anda. Senyum.Bahagian mana lebih tinggi?
  3. Satukan kedua-dua tangan anda. Ibu jari yang mana lebih panjang? Ini patut menjadi posisi yang paling selesa untuk anda.
  4. Bentukkan teleskop dengan tangan anda. Umpamakan diri anda menggunakan teleskop. Mata mana yang anda akan gunakan untuk melihat?(Mata ini juga yang anda biasa gunakan untuk melihat lensa kamera).
  5. Kaki mana yang lebih besar?

Jika jawapan anda lebih kepada “kiri”, kecenderungan fizikal untuk diproses lebih pada “otak kanan”. Jika jawapan lebih kepada “kanan”, kecenderungan fizikal lebih pada “otak kiri”. Jika jawapan yang lebih kurang sama, maka proses lebih pada “keseluruhan otak”.
Adakah keputusan itu tetap? Ramai orang menunjukkan tanda-tanda yang bercampur-aduk, menunjukkan mereka menggunakan kudua-dua bahagian untuk memproses maklumat.

Bahagian kiri otak mengawal bahagian kanan tubuh, manakala bahagian kanan mengawal kiri tubuh. Serangan pada bahagian kiri otak boleh melumpuhkan bahagian kanan tubuh. Ianya boleh menyebabkan beberapa fungsi tubuh seperti penguasaan bahasa. Jika seseorang selalu memproses munggunakan otak kanan, bahagian kiri tubuhnya akan terbentuk untuk menjadi lebih besar, kuat dan lebih berkembang.

Proses Keseluruhan Otak

Kita semua memikir menggunakan keseluruhan otak. Bagaimanapun, satu bahagian darinya lebih menguasai atau mendominasi. Dalam berfikir, sebagai contoh, otak berada dalam keadaan bercakap sendirian. Bagaimanapun, satu bahagian akan lebih mendominasi untuk mengeluarkan kata-kata lebih kuat atau memberi arahan.

Bahagian yang dominasi akan merancang personaliti hidup seseorang, bahagian yang seseorang itu lebihkan, dan dalam bentuk dimana seseorang itu memberi respon terhadap tekanan atau krisis. Dimana corak pemikiran masing-masing adalah berbeza, kedua-dua bahagian otak juga adalah berbeza dan pendapat pada satu situasi yang sama juga berbeza.

Adalah menguntungkan untuk kita perkembangkan kedua-dua bahagian otak kerana ini akan menambahkan lagi maklumat dalam menyelesaikan masaalah. Dengan menjadi waspada tentang cara meransangkan bahagian yang tidak dominasi, individu akan lebih mudah merangkumi didalam menghadapi situasi kehidupan yang berbeza. Beberapa idea disediakan dalam risalah peserta.. Anda dapat rujuk beberapa idea dengan peserta.

Ideanya ialah berjuang untuk menjadi pengerak dengan seluruh otak (whole brain processor). Jika anda menguasai proses dominasi otak kiri, dengan perkembangkan otak kanan anda akan menjadi lebih kreatif dan berkemampuan. Dengan perkembangkan bahagian yang kiri, proses otak kanan akan menjadi lebih logik dan analisi.

Cara lain untuk perkembangkan pemikiran keseluruhan otak ialah dengan lompat tali atau “jalan bersilang kaki”. Setiap aktiviti memerlukan ransangan kedua-dua bahagian tubuh berulang-ulang.

Latihan seterusnya,”Jalan bersilang kaki,” mungkin memerlukan masa untuk peserta berdiri dan melakukan regangan(stretch). Minta peserta berdiri. Minta mereka angkat lutut kanan dan sentuh siku kiri, kemudian sebaliknya. Lakukannya sebanyak 10 kali.

Karektor Otak Kiri – Otak Kanan

Pertuturan vs bukan pertuturan-kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.

Analisa vs Bercampur-aduk– Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.

Simbol(tanda) vs Konkrit(wujud)– Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.

Tepat masa vs Tak tepat masa – Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.

Duniawi vs Spiritual-Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.

Rational vs Tidak Rational – Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.

Logik vs Intuitif (Pengetahuan) – Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.

Lurus vs Holistik – Lurus bermakna sebahagian-dari-keseluruhan. Sementara otak kiri mengambil bahagian yang sedikit, mengatur dalam aturan logik, dan kembali dengan kesimpulan, otak kanan perlu melihat gambaran sepenuhnya. Holistic, seluruh-bahagian, bermakna otak kanan bermula dengan konsep total dan kemudiannya baru memandang pada bahagian- bahagian yang sedikit.

Perkataan terakhir yang diperkatakan – Proses otak kanan lebih mudah mengingati perkataan terakhir yang diperkatakan.

Tunggal vs Serentak (Sekaligus) – Proses otak kanan biasanya berkehendak untuk melakukan dua atau lebih perkara dalam satu masa. Proses otak kiri biasanya suka melakukan satu perkara dalam satu masa. Habiskan satu projek sebelum memulakan yang lain.

Ingat cara otak memproses bukanlah baik atau buruk. Keadaan mungkin mempengaruhi jika kualiti untuk menjadi asset atau kerosakan. Situasi mempengaruhi apa yang perlu berlaku dan sebelah mana yang perlu mengambil tempat. Idea seterusnya mungkin membantu mungkin dapat membantu anda melihat bagaimana sesuatu situasi biasa mempengaruhi dominasi otak.

Melayani kreativiti merupakan skil (kemahiran) otak kanan. Orang otak kanan mampu mengambil pola beberapa silang jahitan yang berbeza, cantumkan dengan beberapa warna baru, dan membuat sesuatuyang baru. Proses otak kiri hanya mengikut apa yang tersedia pada pola itu.Semasa memasak. Proses otak kiri hanya menurut resepi secara tetap. Proses otak kanan suka menggunakan kreativiti didalam dapur.

Bagaimana proses otak dicuci? Muncul desakan, kepadatan. Proses otak kiri biasanya suka keteraturan dan arahan (peraturan). Bayangan adalah mudah bagi kebanyakan proses otak kanan. Mereka berfikir dalam gambaran. Proses otak kiri berfikir dalam perkataan dan menghadapi masaalah menggambarkan.

Minta kepada sahabat mengambil pen atau pensil dan lakarkan diatas kertas cara untuk sampai kerumah mereka.

Proses otak kiri biasanya melakarkan langkah satu demi satu(step-by step direction). Manakala proses otak kanan biasanya melakarkan peta. Sesetengah menggunakan proses yang lebih lengkap dengan kedua-dua peta dan langkah(directions)nya sekali.

Perbezaan penggunaan bahagian otak membawa kepada perbezaan karektoristik. Sebagai contoh, Proses otak kanan suka arahan dan kestabilan; Proses otak kanan lebih menyukai corak kehidupan yang tidak rasmi (Informal way).

Sementara mereka menghadapi masaalah untuk mengeluarkan pendapat dengan pertuturan, Proses otak kanan lebih suka menggunakan ujian bertulis. Orang yang menggunakan otak kiri biasanya suka mempelbagaikan ujian.

Jika ada masa, anda mungkin hendak memperkatakan tentang karektoristik beberapa orang yang berbeza yang mungkin menunjukkan samaada mereka adalah pengguna otak kanan atau atau otak kiri.

Ringkasan

Otak kanan dan otak kiri mempunyai pertindihan kemahiran dan perbezaan cara berfikir. Memahami perbezaan ini akan menambah rasa menghargai diri dan orang lain. Masing-masing mempunyai kecenderungan semulajadi berbanding satu sama lain. Yang mana lebih membawa kecenderungan, kedua-dua belah otak digunakan dan pendapat yang mengubah proses kedua belahnya. Matlamat utama ialah untuk memproses menggunakan seluruh otak.

“Sekali minda manusia diperluaskan dengan maksud (idea) yang baru ,jangan berpaling ke dimensi (keadaan)sebelumnya” –Pengarang.

Otak Kiri atau Otak Kanan?

Seperti kita ketahui bersama, otak manusia terdiri dari dua belahan, yaitu belahan kiri dan belahan kanan. Sebahagian besar orang cenderung untuk lebih banyak menggunakan salah satu belahan dibandingkan belahan lainnya. Relatif jarang orang yang boleh menggunakan keduanya secara berimbang.

Nah, sekarang pertanyaannya, manakah yang lebih banyak Anda gunakan? Kiri atau kanan? Ada banyak sekali rangkaian test yang boleh digunakan untuk mengujinya. Salah satu uji yang relatif sederhana adalah dengan melihat gambar penari balet di bawah ini.

Bagaimana caranya?

Perhatikan arah putar penari balet itu. Menurut Anda, penari itu berputar searah jarum jam atau berlawanan?

Jika menurut Anda penari itu berputar searah jarum jam, maka Anda cenderung lebih sering menggunakan otak kanan Anda. Dan tentu saja hal yang sebaliknya berlaku, jika Anda melihat penari itu berputar berlawanan arah jarum jam, maka Anda cenderung lebih sering menggunakan otak kiri Anda.

Menurut pengkaji yang memuat gambar tersebut, kebanyakan orang cenderung melihat penari itu berputar melawan jarum jam. Tapi kalau Anda fokus, Anda boleh saja mengubah "sudut pandang" Anda sehingga arah putar penari balet itu menjadi berbalik. Namun tentu saja test tersebut akan memberikan jawapan yang lebih "jujur" kalau Anda melihat gambar tersebut secara rileks.

Saya sendiri melihat gambar penari itu berputar searah jarum jam.

Lalu apa artinya jika Anda lebih sering menggunakan otak kiri dan otak kanan? Situs asal gambar tersebut juga memberikan penjelasannya. Tapi kalau Anda ingin tahu lebih dalam, terus terang saya tidak berkompeten dalam hal ini.

Anda guna otak kiri ke otak kanan? hehehe :mrgreen:

Related Posts with Thumbnails