Redx888 Headline Animator

Redx888

Thursday, June 03, 2010

Hobi Terbaru Aku!


Salam... skrg ni aku ada hobi baru.... nak tau pe? bela anak tikus... hah? Bela hamster la.... baru seminggu aku beli... sepasang betina dan jantan dgn harga RM16 seekor....
Hamster yang aku beli ni jenis syrian... kaler putih dan kuning.... macam gambar kat atas tu...

Kos permulaan untuk bela hamster ni blh tahan juga la... tp xdelah mahal sangat....
sepasang hamster jenis syrian blh cecah harga RM20-36. Sangkar jenis biasa dari saiz kecil ke besar blh cecah RM18-60...

Makanan pula ada macam jenis harga makanan yang telah dirumus atau jenis campuran dari pelbagai jenis bijirin seperti jagung dan sebagainya.... harga dalam RM8-12/kg... ape pun jangan sebarang beli je makanan rumusan ni... takut nanti dia tak suka makan... klu nak senang bagi je kuaci... kos pun jimat beb...

Selain makanan, hamster ni pun perlu diberi cecair vitamin y dicampur dgn minumannya pada kadar yang ditetapkan. Ini bertujuan membantu keseimbangan vitamin dalam badan mereka dan dengan ini mengelakkan hamster mendapat penyakit seperti diarrhea dan mslh perut tidak selesa. Harga vitamin ni tidak la mahal sangat, ada la dlm RM6 sahaja.

Selain itu, adalah penting menjaga aspek kebersihan. Sangkar hamster biasanya dilapik dengan habuk kayu. habuk kayu ni blh didapati dengan harga RM12 sekilo. Habuk kayu perlu ditukar antara 3 hingga 7 hari bergantung pada tahap kotoran yang ada dlm sangkar.

Hamster adalah haiwan adalah haiwan jenis nocturnal. tidur waktu siang dan aktif pada waktu malam. so jangan cuba kacau masa dia tidur waktu siang, takut nanti dia stress dan boleh menyebabkan ia mati.

so setakat ini saja info yang dapat saya kongsikan pada waktu ini... ape2 hal nanti saya post lagi lain kali. salam.

2 comments:

  1. Berapa ekor da hamster? Spesis ni cepat banget membiaknye.

    ReplyDelete
  2. baru 2 ekor... hr 2 adalah lahir 6 ekor anak... tp dah mati semuanya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails