Redx888 Headline Animator

Redx888

Wednesday, June 19, 2013

Man Of Steel Best Ke?

Bagi peminat tegar superman pasti merasakan filem Man Of Steel yang sedang hangat ditayangkan ketika ini seakan-akan tidak menepati kriteria sebenar superman. Filem ini seperti parodi bagi filem superman. secara tidak langsung mengecewakan peminat tegar superman. Pemilihan watak Henry Cavill sebagai superman dilihat seperti memecah tradisi apabila karektor itu kelihatan lebih 'berbulu' berbanding watak-watak sebelum ini. Planet Krypton juga digambarkan dengan gambaran yang berbeza, kelihatan amat tandus. Elemen kristal seperti fotress of solitude dan kryptonite langsung tidak wujud. Sebaliknya Fotress of Solitude yang sepatutnya ada telah digantikan dengan sebuah kapal angkasa. Dari segi teknologi krypton juga dilihat agar mundur. begitu juga dengan penampilan penduduk krypton yang kelihatan seperti "barbarian" berbanding sebelum ini yang kelihatan "clean". Nampaknya Zack Snyder (pengarah) dan Christoper Nolan (produser) telah 'tergelincir' sedikit dari konsep dan penceritaan asal superman. Walau bagaimanapun, filem ini tetap menarik kerana ianya sarat dengan aksi dan kesan khas. Akhir kata, selamat menonton!

2 comments:

Related Posts with Thumbnails