GEJALA SAKA
Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.
Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.
Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.
Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.
Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.
Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.
KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?
Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.
Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.
Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.
TANDA-TANDA SAKA
Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:
1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb
Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
KAEDAH RAWATAN
-Segera berjumpa PERAWAT ISLAM yang berdekatan dan bukannya bomoh.
-Mesti ada kerjasama dan persetujuan keluarga dahulu.
-Diubat usul dahulu (ahli keluarga yang paling tua).
-Sesudah selesai ubati usul,barulah ubati anak dan cucu pula.
-Semua barang2 warisan atau yang berkaitan perlu dimusnahkan.
-Setiap pesakit/ahli keluarga perlu membawa 2botol air mineral.
-Ayat-ayat rawatan yang dibacakan ialah fatehah,ar rahman 33-36,al jin 1-9 dan 3qul.
-Pesakit perlu mendengar mp3 ruqyah 3x sehari sebelum tidur.
Petikan dari http://terapisihir.com/blog/category/rawatan-sihir/page/3/
No comments:
Post a Comment