Redx888 Headline Animator

Redx888

Tuesday, October 16, 2012

Di Sebalik Video Teman Pengganti


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin telah ramai antara peminat telah menonton video TEMAN PENGGANTI yang tengah top ketika ini. Tahukah anda teknik video yang telah digunakan? Video ini telah menggunakan teknik "JENDELA" @ "TINGKAP" yang berfungsi sebagai CERMIN. Sila rujuk gambar rajah di bawah;
Sebenarnya terdapat dua ruang di dalam video tersebut. Iaitu Ruangan A dan Ruangan B. Ruangan A adalah di mana kamera berada dan Ruang B di mana Black berada. Manakala jendela @ tingkap dibuat agar kelihatan seperti sebuah cermin.

Terdapat beberapa 'ketidaksempurnaan' di dalam video tersebut yang menyokong pandangan saya mengenai Ruangan A dan Ruangan B serta teknik "Jendela" yang digunakan. Antaranya;

1. Rantai yang dipegang oleh Black bergoyang ke kiri (bulatan merah). Sedangkan rantai pada Ruangan A tidak bergoyang. Durasi video 1 minit 43.38 saat (01:43.38).



2. Rantai yang disangkut oleh Black telah terjatuh untuk kali kedua (bulatan merah). Sedangkan rantai di Ruangan A masih lagi tersangkut di bingkai cermin. Durasi video 1 minit 46.26 saat (01:46.26).



3. Bunga yang dipegang bergerak tidak sekata. Durasi video 2 minit 56.90 saat (02:56.90).




4. Pergerakan jari yang tidak sekata. Durasi video 3 minit 41.48 saat (03:41.48).



Tiada niat di sini untuk mencari kekurangan video ini. Tujuan utama saya adalah untuk mengajak para pembaca untuk berfikir di luar 'kotak'. Saya puji hasil kerja pengarah video tersebut yang amat kreativiti dalam menghasilkan video sedemikian. Dan berharap agar lebih ramai lagi yang tampil dengan video yang sedemikian. Sekian Wassalam :).

-Redx888-

Monday, October 01, 2012

RAPUH - OPICK




RAPUH


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka

Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku



Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu



Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta



Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



-Opick-

Sunday, September 30, 2012

RINGKASAN BELANJAWAN 2013 - BUDGET 2013


  • BONUS - Satu setengah bulan gaji(1 ½) kakitangan awam, pesara terima  RM500. 
  • BR1M 2.0 untuk ketua isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah.
  • BR1M 2.0 - RM250 seorang bagi individu bujang 21 tahun ke atas bergaji tidak lebih RM2,000.
  • BANTUAN RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
  • BAUCAR BUKU MAHASISWA - Naik daripada RM200 kepada RM250.

  • TELEFON PINTAR 3G - Rebat RM200 bagi belia berumur 21- 30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah. 
  • PESARA KERAJAAN - Pencen minimum yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun naik kepada RM820 berbanding RM720.

  • TENTERA - 125,708 pegawai dan anggota dapat insentif khas RM200 sebulan mulai 1 Januari depan.

  • RUMAH - 123,000 unit rumah harga RM100,000 - RM400,000 dibina di seluruh negara .

  •  PTPTN - Diskaun antara 10 hingga 20 peratus bagi bayaran balik 

PELEPASAN CUKAI -

  • Daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak.

  • Daripada RM,3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
  • KR1M - 57 buah dibuka di Sabah dan Sarawak. Gas masak pada harga RM26.60 setong berbanding RM70.

SKIM INSURANS KEMALANGAN DIRI - Maksimum RM100,000 bagi pelajar sekolah guna khidmat bas berpermit.


Sumber- UTUSAN

Saturday, September 29, 2012

IBU MU MENANTIKAN KEPULANGAN MU


Situasi:-
Andai kata anda masih mempunyai ibubapa @ ibu @ bapa yang berumur dalam 50an. Tidak tinggal bersama anda dan berada jauh daripada anda, mereka juga tidak mampu melawat anda disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Persoalan:-
Berapa kerapkah anda melawati mereka?

Formula:-
Umur manusia puratanya dalam 60an. Andai kata 68 thn digunapakai di dalam situasi ini.

Jawapan:-
a) setahun sekali = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 x 1 = 18 kali berbaki #
b) 2 kali setahun = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 x 2 = 36 kali berbaki #
c) 2 tahun sekali = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 / 2 = 9 kali berbaki #
d) Anda tentukan sendiri kekerapanya.

Kesimpulannya:-
Berapa kerap lagi masa yang anda ada untuk berjumpa dengan ibubapa anda sebelum mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya? 9 kali? 18 kali? 36 kali? mungkinkah kurang dari 9 kali lagi? atau mungkin lebih dari 36 kali lagi? anda sendiri yang ada jawapannya.
Apalah salah jika masa yang ada kita gunakan untuk melawat mereka sementara mereka masih ada.
Ibubapa sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anaknya. cukup sekadar berada di sisi mereka walaupun seketika bagi melepaskan rasa rindu yang terpendam di hati mereka. Kehadiran anak-anak sentiasa dinantikan.
Apalah sangat yang dikejarkan diperantauan jika suatu hari nanti kita tiada 'tempat' dan 'sebab' untuk pulang.





-redx888-

Wednesday, August 01, 2012

Mengapa Mereka Menangis?

Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Lihatlah di sekeliling kita, pasti ada yang memerlukan bantuan dan sumbangan daripada kita. Bantulah mereka, terutamanya anak-anak yatim piatu, kanak-kanak terbiar, ibu tunggal dan fakir miskin dengan bersedekah sekadar yang termampu. Berilah mereka peluang untuk berhari raya sama seperti insan yang lain. Bukan nilai sumbangan yang diutamakan, tetapi keikhlasan dalam bersedekah. Bantulah mereka.

Monday, July 09, 2012

Mohon maaf!

Assalamualaikum & salam sejahtera. Mungkin ramai yang tertanya2 kenapa sudah lama saya tidak update komik2 di dalam blog saya.... Jawapannya saya sudah BERSARA. Kebanyakkan komik2 saya telah saya jual kat mudah.my under nama redxcomicsales. Andai kata kalau berminat nak beli sila2kanlah. Sebab apa saya bersara? ada 3 sebab yang berkait rapat iaitu USIA, KOMITMEN & TANGGUNGJAWAB. Sekali lagi saya mohon maaf dengan kawan2 semua kerana tidak dapat meneruskan perjuangan di arena komik ini. sekian terima kasih.

Tuesday, February 07, 2012

Saturday, February 04, 2012

Related Posts with Thumbnails