Redx888 Headline Animator

Redx888

Showing posts with label Dari Meja Editor. Show all posts
Showing posts with label Dari Meja Editor. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Di Sebalik Video Teman Pengganti


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin telah ramai antara peminat telah menonton video TEMAN PENGGANTI yang tengah top ketika ini. Tahukah anda teknik video yang telah digunakan? Video ini telah menggunakan teknik "JENDELA" @ "TINGKAP" yang berfungsi sebagai CERMIN. Sila rujuk gambar rajah di bawah;
Sebenarnya terdapat dua ruang di dalam video tersebut. Iaitu Ruangan A dan Ruangan B. Ruangan A adalah di mana kamera berada dan Ruang B di mana Black berada. Manakala jendela @ tingkap dibuat agar kelihatan seperti sebuah cermin.

Terdapat beberapa 'ketidaksempurnaan' di dalam video tersebut yang menyokong pandangan saya mengenai Ruangan A dan Ruangan B serta teknik "Jendela" yang digunakan. Antaranya;

1. Rantai yang dipegang oleh Black bergoyang ke kiri (bulatan merah). Sedangkan rantai pada Ruangan A tidak bergoyang. Durasi video 1 minit 43.38 saat (01:43.38).



2. Rantai yang disangkut oleh Black telah terjatuh untuk kali kedua (bulatan merah). Sedangkan rantai di Ruangan A masih lagi tersangkut di bingkai cermin. Durasi video 1 minit 46.26 saat (01:46.26).



3. Bunga yang dipegang bergerak tidak sekata. Durasi video 2 minit 56.90 saat (02:56.90).




4. Pergerakan jari yang tidak sekata. Durasi video 3 minit 41.48 saat (03:41.48).



Tiada niat di sini untuk mencari kekurangan video ini. Tujuan utama saya adalah untuk mengajak para pembaca untuk berfikir di luar 'kotak'. Saya puji hasil kerja pengarah video tersebut yang amat kreativiti dalam menghasilkan video sedemikian. Dan berharap agar lebih ramai lagi yang tampil dengan video yang sedemikian. Sekian Wassalam :).

-Redx888-

Monday, October 01, 2012

RAPUH - OPICK




RAPUH


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka

Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku



Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu



Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta



Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



-Opick-

Sunday, September 30, 2012

RINGKASAN BELANJAWAN 2013 - BUDGET 2013


  • BONUS - Satu setengah bulan gaji(1 ½) kakitangan awam, pesara terima  RM500. 
  • BR1M 2.0 untuk ketua isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah.
  • BR1M 2.0 - RM250 seorang bagi individu bujang 21 tahun ke atas bergaji tidak lebih RM2,000.
  • BANTUAN RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
  • BAUCAR BUKU MAHASISWA - Naik daripada RM200 kepada RM250.

  • TELEFON PINTAR 3G - Rebat RM200 bagi belia berumur 21- 30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah. 
  • PESARA KERAJAAN - Pencen minimum yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun naik kepada RM820 berbanding RM720.

  • TENTERA - 125,708 pegawai dan anggota dapat insentif khas RM200 sebulan mulai 1 Januari depan.

  • RUMAH - 123,000 unit rumah harga RM100,000 - RM400,000 dibina di seluruh negara .

  •  PTPTN - Diskaun antara 10 hingga 20 peratus bagi bayaran balik 

PELEPASAN CUKAI -

  • Daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak.

  • Daripada RM,3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
  • KR1M - 57 buah dibuka di Sabah dan Sarawak. Gas masak pada harga RM26.60 setong berbanding RM70.

SKIM INSURANS KEMALANGAN DIRI - Maksimum RM100,000 bagi pelajar sekolah guna khidmat bas berpermit.


Sumber- UTUSAN

Saturday, September 29, 2012

IBU MU MENANTIKAN KEPULANGAN MU


Situasi:-
Andai kata anda masih mempunyai ibubapa @ ibu @ bapa yang berumur dalam 50an. Tidak tinggal bersama anda dan berada jauh daripada anda, mereka juga tidak mampu melawat anda disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Persoalan:-
Berapa kerapkah anda melawati mereka?

Formula:-
Umur manusia puratanya dalam 60an. Andai kata 68 thn digunapakai di dalam situasi ini.

Jawapan:-
a) setahun sekali = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 x 1 = 18 kali berbaki #
b) 2 kali setahun = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 x 2 = 36 kali berbaki #
c) 2 tahun sekali = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 / 2 = 9 kali berbaki #
d) Anda tentukan sendiri kekerapanya.

Kesimpulannya:-
Berapa kerap lagi masa yang anda ada untuk berjumpa dengan ibubapa anda sebelum mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya? 9 kali? 18 kali? 36 kali? mungkinkah kurang dari 9 kali lagi? atau mungkin lebih dari 36 kali lagi? anda sendiri yang ada jawapannya.
Apalah salah jika masa yang ada kita gunakan untuk melawat mereka sementara mereka masih ada.
Ibubapa sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anaknya. cukup sekadar berada di sisi mereka walaupun seketika bagi melepaskan rasa rindu yang terpendam di hati mereka. Kehadiran anak-anak sentiasa dinantikan.
Apalah sangat yang dikejarkan diperantauan jika suatu hari nanti kita tiada 'tempat' dan 'sebab' untuk pulang.





-redx888-

Monday, January 24, 2011

Banyak Link Hotfile Yang Mati. Apa Hal?

Sejak akhir2 ni aku baru perasaan banyak download link Hotfile yang mati. Aku pun x paham kenapa ini semua harus berlaku... huhuhu... so sekarang ni aku sibuk sikit upload balik link yang dah mampos 2. Aku juga rasa kecewa sangat dengan hotfile ni, download link yang baru pun boleh mati. Mungkin lepas ni aku dah x guna lagi servis hotf**k ni... Adios!

Friday, August 06, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


HARI INI DALAM SEJARAH

Maka pada hari ini ( 6hb Ogos 2010 ) genap usia ku yang ke-**. Tiada ape yang istimewa sangat. Tiada sambutan secara besar-besaran diadakan, apatah lagi diumumkan sebagai hari cuti bagi mana-mana negara, negeri ataupun pekan-pekan kecil di Malaysia.  Malah jalanraya utama di Malaysia pun dilaporkan tidak mengalami sebarang kesesakan lalu lintas di sebabkan oleh jatuhnya hari ini sebagai hari lahirku. Tiada juga rusuhan yang dilaporkan pada hari ini. Harga barangan runcit pun masih lagi stabil, tiada sebarang pengambilan untung secara berlebihan dilaporkan. Namun apa yang paling utama HARI INI ADALAH HARI LAHIRKU.



Wednesday, August 04, 2010

Blog Anda Laju Ke Slow?



Nak tau sama ada blog anda laju ke x? Berapa lama masa diambil untuk loading blog anda? Berapa saiz blog anda? Macam mana nak lajukan blog anda? Tanya soalan banyak2 pun x guna. Korang check la sendiri kat sini http://www.selfseo.com/website_speed_test.php

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

    
     Selamat menyambut Hari Bapa 2010. Sambutan Hari Bapa pada tahun ini jatuh pada 20 Jun 2010. Mungkin tidak ramai yang menyambutnya, malah ada juga yang tidak mengetahui tentang hari tersebut. Walau pun begitu, media massa kini sentiasa mewar-warkan mengenai sambutan hari tersebut dengan pelbagai cara seperti menyiarkan drama yang memaparkan pengorbanan seorang bapa.
     Bagi sebuah keluarga, biasanya sambutan dibuat dengan cara anak-anak memberikan kad ucapan kepada bapa mereka. Ada juga yang mengadakan jamuan untuk menyambut hari tersebut. Malah ada yang mengadakan majlis doa selamat. Memandangkan hari tersebut jatuh pada setiap hari Ahad minggu ketiga setiap bulan Jun, maka ada antara keluarga yang menyambut hari tersebut dengan beriadah, bercuti juga pulang ke kampung.
    Sesungguhnya pengorbanan seorang bapa amatlah besar, seorang bapa sanggup berlapar agar cukup segala keperluannya. Malah telah menjadi sifat semulajadi seorang lelaki yang bergelar bapa yang tidak mahu anak-anak merasa kesusahan juga tidak mahu anak-anaknya merasai kesusahan yang ditanggungnya. Hampir setiap permintaan anak-anaknya akan cuba tunaikan. Cuma kadang-kadang kemampuan membatasi segala-galanya. Namun begitu amat berat untuk mengeluarkan perkataan "TIDAK" daripada mulut seorang bapa yang sayangkan anak-anaknya.
    Bagi seorang anak, amatlah sukar untuk memahami pengorbanan seorang bapa. Sehinggalah mereka dewasa dan bergelar ibu atau bapa barulah mereka menyedari pengorbanan seorang bapa. Bagi mereka yang telah bergelar ibubapa dan masih mempunyai ibubapa, sayangilah mereka, balaslah jasa mereka, jadilah seorang anak yang membanggakan ibubapa mereka. Bagi mereka yang ibubapa telah tiada, sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka, sentiasa panjangkan doa kepada mereka dan jadilah seorang anak yang soleh. Kerana anak-anak yang soleh dan solehah adalah aset utama mereka.

" Sesungguhnya kasih seorang bapa bawa ke akhir hayat"

Thursday, June 03, 2010

Hobi Terbaru Aku!


Salam... skrg ni aku ada hobi baru.... nak tau pe? bela anak tikus... hah? Bela hamster la.... baru seminggu aku beli... sepasang betina dan jantan dgn harga RM16 seekor....
Hamster yang aku beli ni jenis syrian... kaler putih dan kuning.... macam gambar kat atas tu...

Kos permulaan untuk bela hamster ni blh tahan juga la... tp xdelah mahal sangat....
sepasang hamster jenis syrian blh cecah harga RM20-36. Sangkar jenis biasa dari saiz kecil ke besar blh cecah RM18-60...

Makanan pula ada macam jenis harga makanan yang telah dirumus atau jenis campuran dari pelbagai jenis bijirin seperti jagung dan sebagainya.... harga dalam RM8-12/kg... ape pun jangan sebarang beli je makanan rumusan ni... takut nanti dia tak suka makan... klu nak senang bagi je kuaci... kos pun jimat beb...

Selain makanan, hamster ni pun perlu diberi cecair vitamin y dicampur dgn minumannya pada kadar yang ditetapkan. Ini bertujuan membantu keseimbangan vitamin dalam badan mereka dan dengan ini mengelakkan hamster mendapat penyakit seperti diarrhea dan mslh perut tidak selesa. Harga vitamin ni tidak la mahal sangat, ada la dlm RM6 sahaja.

Selain itu, adalah penting menjaga aspek kebersihan. Sangkar hamster biasanya dilapik dengan habuk kayu. habuk kayu ni blh didapati dengan harga RM12 sekilo. Habuk kayu perlu ditukar antara 3 hingga 7 hari bergantung pada tahap kotoran yang ada dlm sangkar.

Hamster adalah haiwan adalah haiwan jenis nocturnal. tidur waktu siang dan aktif pada waktu malam. so jangan cuba kacau masa dia tidur waktu siang, takut nanti dia stress dan boleh menyebabkan ia mati.

so setakat ini saja info yang dapat saya kongsikan pada waktu ini... ape2 hal nanti saya post lagi lain kali. salam.

Thursday, April 29, 2010

Salam Kembali~

Salam... seingat aku dah lama juga aku tak post apa2 yang baru dalam blog aku. mungkin masa takde.... idea pun kering... kepala 24 jam je berserabut. apa pun insya'Allah di masa akan datang akan ada info2 terkini yang aku akan postkan... so adios babeh! Assalamualaikum....
Related Posts with Thumbnails