Redx888 Headline Animator

Redx888

Sunday, September 30, 2012

RINGKASAN BELANJAWAN 2013 - BUDGET 2013


  • BONUS - Satu setengah bulan gaji(1 ½) kakitangan awam, pesara terima  RM500. 
  • BR1M 2.0 untuk ketua isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah.
  • BR1M 2.0 - RM250 seorang bagi individu bujang 21 tahun ke atas bergaji tidak lebih RM2,000.
  • BANTUAN RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
  • BAUCAR BUKU MAHASISWA - Naik daripada RM200 kepada RM250.

  • TELEFON PINTAR 3G - Rebat RM200 bagi belia berumur 21- 30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah. 
  • PESARA KERAJAAN - Pencen minimum yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun naik kepada RM820 berbanding RM720.

  • TENTERA - 125,708 pegawai dan anggota dapat insentif khas RM200 sebulan mulai 1 Januari depan.

  • RUMAH - 123,000 unit rumah harga RM100,000 - RM400,000 dibina di seluruh negara .

  •  PTPTN - Diskaun antara 10 hingga 20 peratus bagi bayaran balik 

PELEPASAN CUKAI -

  • Daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak.

  • Daripada RM,3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
  • KR1M - 57 buah dibuka di Sabah dan Sarawak. Gas masak pada harga RM26.60 setong berbanding RM70.

SKIM INSURANS KEMALANGAN DIRI - Maksimum RM100,000 bagi pelajar sekolah guna khidmat bas berpermit.


Sumber- UTUSAN

Saturday, September 29, 2012

IBU MU MENANTIKAN KEPULANGAN MU


Situasi:-
Andai kata anda masih mempunyai ibubapa @ ibu @ bapa yang berumur dalam 50an. Tidak tinggal bersama anda dan berada jauh daripada anda, mereka juga tidak mampu melawat anda disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Persoalan:-
Berapa kerapkah anda melawati mereka?

Formula:-
Umur manusia puratanya dalam 60an. Andai kata 68 thn digunapakai di dalam situasi ini.

Jawapan:-
a) setahun sekali = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 x 1 = 18 kali berbaki #
b) 2 kali setahun = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 x 2 = 36 kali berbaki #
c) 2 tahun sekali = 68 thn - 50 thn = 18 thn.
                            18 / 2 = 9 kali berbaki #
d) Anda tentukan sendiri kekerapanya.

Kesimpulannya:-
Berapa kerap lagi masa yang anda ada untuk berjumpa dengan ibubapa anda sebelum mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya? 9 kali? 18 kali? 36 kali? mungkinkah kurang dari 9 kali lagi? atau mungkin lebih dari 36 kali lagi? anda sendiri yang ada jawapannya.
Apalah salah jika masa yang ada kita gunakan untuk melawat mereka sementara mereka masih ada.
Ibubapa sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anaknya. cukup sekadar berada di sisi mereka walaupun seketika bagi melepaskan rasa rindu yang terpendam di hati mereka. Kehadiran anak-anak sentiasa dinantikan.
Apalah sangat yang dikejarkan diperantauan jika suatu hari nanti kita tiada 'tempat' dan 'sebab' untuk pulang.





-redx888-
Related Posts with Thumbnails